Assalamualaikum...
Sedikit coretan agar aku juga tidak lupa bahawa aku pernah melewati tempat ini... Bersama suamiku Muhamad Azrani Zamerahim dan si kecil yang sangat keletah, Muhammad Azfar Bin Muhamad Azrani... Pada usia 1 tahun 9 bulan, si kecil ini sudah menjejakkan kaki ke Sabah.. Alhamdulillah...
Sayang tidur lena sepanjang perjalanan dari LCCT ke Kota Kinabalu, Sabah |
Pada 17 Januari 2014, kami memulakan perjalanan ke Sabah seawal 6.40 pagi... Perasaan bercampur baur kerana tiada pengalaman membawa si kecil menaiki belon ni... Syukur alhamdulillah kerana sayang tidur dengan lena... cuma agak letih kerana memangku sayang tidur dengan keadaan seat pesawat yang tegak dan sempit... tetapi aku kuatkan semangat dengan minda yang POSITIF!
Wah... bila minda positif, semangat pun jadi positif... maklum la... pertama kali terbang ke Sabah.. bersama keluarga tercinta pula tu... hati berbunga-bunga riang walaupun penat tidak terkata... kami selamat mendarat pada pukul 9.15 pagi... aku sangat-sangat bersyukur kerana perjalanan kami selamat...
Tetapi... dugaan dari Yang Maha Kuasa, ada di mana saja, tanpa mengira masa dan tempat...
Apa tu...?
Tunggu saya update lagi ;)
In shaa Allah
Ogy
Indahnya cinta