Seronok bersama keluarga! ~ Petting Zoo Farm In The City Seri Kembangan


Assalamualaikum ;)

Tentu ibu bapa tercari-cari tempat menarik untuk membawa keluarga dan anak-anak pada musim cuti sekolah... kalau bukan sekarang, boleh plan untuk cuti hujung minggu atau cuti sekolah akan datang..

Macamana saya boleh tahu tempat ni?

Saya pun cari dari blog juga.. terjumpa la FARM IN THE CITY... sebenarnya saya nak pergi kenduri.. jadi balik tu saya stay di MINES WELLNESS HOTEL, SERI KEMBANGAN... jadi anggaran masa dalam 30 minit untuk sampai ke petting zoo ni..

Alhamdulillah.. perjalanan mudah.. cuma dah lama tak ke sini.. banyak sangat perubahan.. sampai dah tak cam ^^

Nak masuk BUKAN FREE ye.. tentulah dikenakan sedikit bayaran..
Dewasa RM30 dan kanak-kanak dengan ketinggian melebihi 90cm dikenakan bayaran RM25 (untuk warganegara Malaysia)..
Ada pakej untuk 1 keluarga : 2 dewasa dan 2 kanak-kanak..

Okeh...dah bayar tiket, boleh mula explore dalam ni ye... tak sabar rasanya!

Cuaca panas.. alhamdulillah.. di pintu masuk sebelum membeli tiket.. turun tangga tu... belok kiri.. ada kaunter tiket kat situ..

Ha... pony ride... untuk kanak-kanak je tau.. RM7 untuk sekali pusingan saja...

Si comel ;)

Telur terbesar di dunia... telur Ostrich!

Beraninya sayang oiiii hihi.... haiwan tu namanya cicak lidah biru...

family bonding... suka-suki anak dengan abah ^^ 

Kura-kura ni berusia kira-kira 40 tahun!
Hati-hati sayang... jangan sampai digigit kura-kura ni huhu...

Pig-nosed turtle


Memang orang ramai... kat sini banyak tempat untuk membasuh tangan... semestinya untuk menjaga kebersihan selepas menyentuh atau memberi haiwan makan... 

Tempat yang paling ngeriiiiiii.... 

Jenis ular sawa yang terbesar di Malaysia...

Bila mendongak ke atas... hoho...hoiiiiii..... alamak!

Burung-burung yang jinak... mudah didekati... tapi kalau dia dah kenyang, dia tak nak la datang huhu... sebab makanan tu free.. jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri tau... anak-anak confirm suka... ibu bapa pun sangat teruja!

Macam ayam opah kat kampung je hihi... tapi jinak sangat...

Tu dia... get ready nak bagi fish makan... free juga ye.. so jangan segan... jangan lepaskan peluang...

Lihatlah... banyaaaaaaaaaaak sangat ikan yang gemuk-gemuk kat sini hihi...
Hati-hati sayang... seronok sangat tu :)

Apa perasaan anda bila tengok ikan yang banyak macam ni?

Seronok sangat... masha Allah...

Paling best!

Abah teman Azfar tangkap ikan.. agak-agak masa abah kecik dulu merasa tak macam ni?

Cuba...jangan tak cuba... rugi tau ;)

Lari la ikan tu sayang oiiiii... hihi... orang tangkap ikan... tapi Azfar tolong buang air dalam longkang balik...

Pet village... ada rumah-rumah kecil untuk arnab... di luar pet village ni la tempat "longkang fishing"...  

Jual mahal arnab ni... sebab dah kenyang hihi...

Takpe... si arnab kecik yang nak makan ;)

Ala comey-comey...

Kesian dia... penat sangat la tu...

Burung-burung yang sangat riuh hihi...

Si puteh... riuh jugak ni..

Perjalanan sampai ke penghujung... boleh ambil gambar... rasanya RM20 sekeping... siap frame kertas...

Dah letih ye sayang... kita minum ais cendol dulu... 


Akhirnya selesai juga lawatan ke sini... hampir 3 jam juga...bergantung selama mana kita berehat, atau berhenti pada mana-mana bahagian yang kita suka...

Banyak lagi haiwan lain... kambing, rusa, kangaroo... jadi datanglah ke sini...
Dan rasai sendiri pengalaman ini...

Pengalaman inilah yang akan dikenang oleh anak kita nanti.. dan yang sudah bersekolah, pasti tak sabar nak bercerita pada kawan-kawan!

Pssssttt... kalau nak mudah sampai ke sini, gunakan koordinat yang kat atas tu ye...in shaa Allah sampai... 

Sebagai peringatan, call dulu tempat ni kalau anda datang dari jauh... takut tutup pulak... kecewa nanti... kalau TAK SILAP, SELASA TUTUP... sebagai peringatan ^^

Oh ya..  Tunggu coretan ke MEDAN dalam blog akan datang ok!

TERIMA KASIH ;)

Tinggalkan komen jika anda ke sini... supaya menjadi inspirasi kepada keluarga lain ^^



Resepi cepat & mudah ~ Garlic bread & sup cendawan

Ada roti yang tak habis ni.. takkan tunggu expired baru nak buang?

Encik suami aka chef yang memang suka tengok rancangan masak, bagi idea.. "malam ni kita makan ala western..." katanya... wahh.. macam best jek kan..

Chef suruh saya bakar roti bawang putih (garlic bread) version home made... tapi semua bahan chef yang sediakan...

Mudah je bahan-bahan untuk GARLIC BREAD ni.. bila2 pun boleh buat..
♡ 3 biji bawang putih : diketuk dan dicincang (halus @ kasar terpulang ikut citarasa)
♡ 50 gram butter
♡ 6 keping roti gardenia

Lenyekkan butter dan bawang putih bersama sehingga rata. Aisy...Bau bawang putih dengan butter ni pun dah sedap!

Sapukan sedikit butter dan bawang putih yang dah dilenyek tadi ke atas roti gardenia. Sapu rata pada permukaan roti..

Bakar roti dengan menggunakan pembakar roti.. lagi garing roti, lagi sedap.. bawang putih yang hangus sikit-sikit menjadikan roti lebih sedap!!
** Kalau roti yang digunakan banyak, gandakan jumlah butter & bawang putih.

Okey.. roti dah siap.. nak cicah dengan apa??

Sebab anak suka makan sup cendawan, jadi chef sediakan bahan-bahan pulak..

Bahan-bahan untuk SUP CENDAWAN
♧ 1 tin sup cendawan (chef saya guna jenama Chambell)
♧ 1 tin air (guna tin sup tadi)
♧ Cendawan butang segar (dihiris: jangan nipis sangat)

Caranya:
Sauté cendawan butang dengan sedikit mentega.
Masukkan sup cendawan dan air.
Kacau berterusan sehingga menggelegak untuk mengelakkan sup menjadi berketul-ketul.
Dah siap!

 
Sup cendawan dan garlic bread


Oleh sebab makan lewat malam, jangan lupa telan bersama SET KURUS SHAKLEE atau PHYTOCOL-ST untuk membantu masalah KOLESTEROL dari sekarang..  sekurang-kurangnya itu lebih baik dari makan lewat malam tapi pastu terus tidur ^___*

Mudah kan?
Selamat Mencuba!

Oppss...Saya Pengedar Shaklee Yang Sah tau hihi...  
Ogy 0128450300
SID 967422

Kaison Manjung ~ Awak kat mana?

Bismillah...

Asyiiiiiiikkk sangat kalau dapat bercuti pada musim cuti sekolah..

Kali ni window shopping di aeon seri manjung, perak.. selalu dengar orang cakap pasal KAISON ni... so teringin juga nak tengok sendiri kan.. google je aeon seri manjung in shaa Allah boleh sampai...

Kaison ni terletak di ground floor aeon seri manjung.. bersebelahan tempat mainan.. kalau mak nak shopping, bolehlah si ayah teman anak main.. sekali masuk RM 8 untuk seorang kanak-kanak.. pandai ye.. konon nak bawak anak lari dari tempat mainan, alih-alih bersebelahan jer hihi..

Tengok la gambar-gambar tu nanti.. mesti rasa nak pergi jugak.. jangan tak tahu, orang suka datang sini sebab nak beli wallpaper murah... beli pastu pasang sendiri... memang terbaik!
Oh ya.. kalau berminat dengan supplement shaklee , boleh tinggalkan pesanan ye ^^                                                                                   
Ogy 0128450300
Perak

Kerana Anak ~ Ibu jatuh cinta dengan Mealshakes

Selepas ibu mengenali GLA COMPLEX SHAKLEE,  ibu jatuh cinta dengan Mealshakes Shaklee kerana ANAK...

Sebab apa?

Sejak anak dihantar ke nursery,  dia selalu selesema dan batuk.. paham la kalau hantar anak ke nursery... kanak-kanak lebih mudah terdedah dengan virus... baru nak baik, dah dapat balik selesema... ulang-alik untuk nebuliser tu dah jadi perkara biasa...

Bukan ruam biasa.. tak dapat dikenalpasti..

Tidur di wad..  masa ni dalam pemantauan kerana jatuh buaian..

Selesema dalam tempoh yang lama dan berulang..

Sampai waktu kerja pun kena berulang-alik ke hospital.. demimu anak...


Tahun 2012 pertama kali Azfar warded.. kerana cirit berdarah... muntah tak berhenti... minum susu pun muntah.. sedih sangat tengok.. belum umur setahun lagi.. 3 hari juga di hospital...

Tahun 2013.. saya simpan cuti kerana bimbangkan Azfar.. kali ni 6 hari warded.. sebab demam tak kebah, kami sekeluarga berhari raya aidil adha di hospital...

Paling tak tahan bila doktor cucuk di kaki dan tangan Azfar hampir 7 kali tapi masih tak dapat ambil darah.. masa tu rasa nak gaduh pun ada dengan doktor huhu.. saya tak dibenarkan melihat Azfar ketika diambil darah.. tapi hati saya tak sedap sebab banyak kali Azfar meraung sakit.. 

Hati seorang ibu kan... naluri ibu memberitahu ada sesuatu yang tak kena...hati saya rasa nak sangat masuk tengok.. tapi akal kata, sabarlah.. kejap lagi... tapi kalau dah berulang kali sabar, tak juga keluar, rasa memang tak boleh tahan dah... sudahnya saya nekad terus rempuh bilik tu.. 

Rupanya mereka gagal ambil darah.. patut la lama ya amat... sampai saya cakap pada Azfar, "Siapa yang buat sayang.. nanti ibu marah.." Masa tu suara saya pun dah bergetar sebab tahan marah.. saya perasan berubah juga muka doktor tu... dia ada minta maaf daripada saya.. saya maklumkan kepada doktor yang semalam ada seorang nurse yang berjaya masukkan air dengan sekali cucuk sahaja.. kita yang dewasa pun mengeluh kalau dicucuk banyak kali...inikan pula si kecik... keluar dari bilik tu, saya menangis... sedih sangat..

Hasil keputusan ujian darah, didapati Azfar ada kuman dalam darah tetapi tidak melepasi paras merbahaya.. alhamdulillah hari keenam kami keluar dari hospital..

Balik dari hospital,  saya ajak suami terus singgah SHAKLEE IPOH beli MEAL SHAKES... bagi saya, duit boleh diusahakan (in shaa Allah) tapi kesihatan tidak boleh dibeli semasa sakit.. masa tu Azfar dah 1 tahun 4 bulan.. boleh dah bagi minum meal shakes... 

Melayan upin ipin sambil minum susu dengan meal shakes

Sampai sekarang Azfar suka dengan bau dan kesedapan perisa french vanilla.. saya pastikan stok meal shakes ada di rumah khas untuk sayang.. sedikit tip untuk kesegaran dan bau meal shakes kekal wangi, simpan canister meal shakes di dalam peti ais.. masalah berketul pun tiada ;)

Opppsss tak pasal-pasal dah panjang berjela entry saya tentang shaklee effect hihi.. takpe.. boleh roger saya nanti untuk tahu lebih lanjut..

Salam sayang,
Ohsemnya cinta ibu 
Sms | whatsapp : 012.845.0300

Kenali saya ~ Ogy

Salam perkenalan kepada anda semua yang sudi menjengah blog saya ;)


Nama diberi Rozifah Salwa Binti Abdul Rahman... Saya lebih dikenali sebagai Ogy.. tu nama panggilan sejak kecil.. kerana pelat menyebut 'rozi' dah jadi Ogy hihi...

Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak... lagi detail kat Kampung Laneh.. dekat sangat dengan air terjun Batu Hampar... sebelah kampung je...

Saya merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik dan yang bongsu adalah lelaki... Kini, saya bekerja sebagai seorang pendidik in shaa Allah... 


Dari kiri: kakak, saya, dan adik-adik


Alhamdulillah saya sudah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berumur 2 tahun 5 bulan.. namanya Muhammad Azfar Bin Muhamad Azrani... Seorang kanak-kanak yang cergas dan aktif... maklumla.. Shaklee junior katakan ^__^



Muhammad Azfar Bin Muhamad Azrani


- Bagaimana saya terjebak dengan Shaklee -

Selepas beberapa bulan bersalin secara cser, saya mengambil suntikan perancang.. pada peringkat awal, saya mengalami pening yang melampau.. sampaikan saya terpaksa pulang ke rumah pada waktu bekerja...

Kalau orang lain tidak didatangi haid sepanjang mengambil suntikan, keadaan yang berbeza pula saya alami... saya mengalami masalah kitar haid yang tidak menentu selepas mengambil suntikan perancang.. 

Mungkin juga badan saya kurang sesuai dengan suntikan ini... haid banyak melebihi 14 hari dan berulang dalam kitaran yang tidak normal... badan rasa panas dan 'libang libu' kata orang perak.. 

Saya sudah berjumpa doktor.. sudah cuba cara kampung, namun belum ada rezeki untuk sembuh... mood terganggu kerana rungsing dengan masalah ni... badan jadi lemah kerana kurang darah... keadaan ini berlarutan selama beberapa bulan sehinggalah bulan puasa..

Doktor juga ada maklumkan akan buat pemeriksaan darah jika masalah ni berlarutan selepas bulan puasa.. masa tu risau sangat.. banyak hari juga perlu menggantikan puasa ni huhu...

Saya tetap usaha sebelum nak pergi jumpa doktor semula.. Ntah bagaimana, saya bertanya kepada rakan tentang hal ni.. dia cadangkan kepada saya GLA COMPLEX SHAKLEE...  


GLA Complex Shaklee


Saya pun cuba... ALHAMDULILLAH belum habis sebotol, haid saya mula berhenti dan datang semula dengan normal.. syukur sangat-sangat... GEMBIRA!

Apa yang saya perasan, rasa kejang perut akibat sakit senggugut juga kurang terasa.. tau-tau dah datang haid.. kulit pun rasa lembap.. masa subur pun ketara beza.. 

Memang best sangat dapat jumpa Gla complex ni.. Saya terus jadi AHLI... supaya saya dapat membeli produk Shaklee dengan HARGA LEBIH MURAH... malah saya bersyukur kerana saya BERDEKATAN DENGAN STOKIS SHAKLEE IPOH ;)

Bila dah kenal baru jatuh cinta... kerana dirimu begitu berharga ♡


#ShakleeEffect

Resepi cinta untuk si anak

Bila balik kampung, pernah tak anda tanya,  " mak ayah sihat? "


Bila mak ayah cakap "kurang sihat... biasa la sakit orang tua..." 


Apa tindakan kita sebagai anak?

Pada ketika ini, sememangnya mereka memerlukan kita... oleh kerana kita bekerja dan tidak tinggal bersama,  maka kita tidak nampak apa yang dilaluinya setiap hari...


Ada beberapa cadangan yang mungkin anda boleh praktikkan pada masa ini juga..

  • Telefon dengan lebih kerap berbanding bertanya khabar melalui sms.. 
  • Galakkan perhubungan yang baik antara anak-anak anda dengan opah & datuk mereka
  • Berhujung minggu untuk makan bersama..
  • Menyokong aktiviti @ hobi kegemaran mereka yang positif
  • Pergi bercuti bersama pada musim cuti sekolah...
  • Mengambil berat tentang orang yang mereka sayang...
  • Menziarahi sanak saudara bersama mereka...
  • Belikan supplemen yang sesuai atau boleh juga Shaklee untuk menyokong kesihatan mereka mengikut kemampuan anda..
  • Sedekahkan Al-Fatihah apabila anda teringatkan mereka
  • Sentiasa doakan kesejahteraan mereka

Jangan anda risau atau berkira-kira untuk meluangkan masa @ mengeluarkan sedikit wang untuk ibu bapa..


Bajet setiap bulan tidak akan berkurang jika anda mendahulukan kedua ibu bapa..


Sedangkan dulu mereka sudah terlepas banyak perkara kerana mendahulukan kita..


Tentu mereka rasa lebih dihargai dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anak-anak dari jauh tanpa pengetahuan anda..


Tidakkah anda mahu mereka mendoakan kita yang baik-baik?


Semoga anak-anak kita juga akan melakukan perkara yang sama kepada kita apabila tiba masanya kelak in shaa Allah...

Tips merancang untuk pakaian sedondon

Bershopping kain pasang menjadi aktiviti kesukaan walaupun kadang-kadang tu hanya masuk dan keluar dengan tangan kosong... tapi lebih seronok sebenarnya apabila menjadi seorang pengedar Shaklee..sebab dapat berkongsi manfaat kepada orang lain... sharing is caring... sharing is loving kan ;)

Hakikatnya..  perempuan dan kain pasang memang tak dapat dipisahkan betul tak?
Nak-nak pulak mencari baju tema.. tak kira la untuk kenduri ke.. hari raya ke... mesti kita seronok nak pakai baju sedondon..

Ok.. ada sedikit tips untuk anda yang nak sedondon atau bertema untuk sekeluarga.. ini berdasarkan pengalaman saya sendiri... anda boleh tinggalkan komen di bawah untuk dikongsi bersama..


Tips 1
Pastikan anda sudah berbincang dengan ahli keluarga tentang WARNA TEMA.

Pastikan majoriti bersetuju dan bukan syok sendiri.. ini boleh mengakibatkan rasa tak puas hati di kemudian nanti.. tak seronok la kan..


Tips 2
Tentukan BAJET yang bersesuaian mengikut kemampuan.

Semua orang mampu pakai sedondon dengan bajet tertentu. Kadang-kadang kita perlu beralah sedikit untuk memastikan semua usaha berjalan lancar.. atau anda nak sponsor sedikit untuk kepuasan bersama pun apa salahnya kan?

Anda boleh upgrade ikut bajet masing-masing kemudian nanti.. yang penting, kain yang sama... nampak la seia sekata hihi...


Tips 3
Pastikan TEMPOH MASA untuk menghadiri majlis tersebut.

Biasanya kita dah tau tarikh untuk sesuatu majlis.. contoh hari raya 2015.. masih ada masa yang panjang.. tapi kena mula awal..

Sebab apa?
Tailor @ tukang jahit takkan ambil tempahan bermula bulan puasa.. salah sendiri jugak kan sebab lambat huhu...


Tips 4
Survey beberapa tempat untuk mendapatkan DESIGN @ corak dengan warna tema yang dipilih.

Kalau kebetulan terjumpa yang menarik, tangkap gambar guna henpon anda.. tak semestinya tunggu henpon yang canggih sangat.. janji boleh send kepada ahli keluarga yang terlibat dah cukup baik. 

Tak payah la tanya anak-anak yang kecik tu, memadai tanya ibu-ibu sahaja.. kita dulu pun mak yang tentukan ye tak hihi.. boleh je pakai elok..


Tips 5
KAIN CORAK BERKAKI atau TIDAK BERKAKI

Kain corak berkaki memerlukan jumlah kain yang lebih banyak kerana perlu mengambil kira corak pada kain sebelum dipotong.

Jika memerlukan jumlah yang besar dan bajet yang sedikit, carilah kain dengan corak bebas dan tidak berkaki.. itu lebih selamat... lagipun kena pikir kos upah lagi kan?


Tips 6
Bila dah dapat kain yang sesuai dan majoriti memilih kain tu, pastikan anda tahu berapa jumlah meter yang hendak dibeli.

JANGAN POTONG KAIN bagi seorang-seorang... sebaik-baiknya potong sekaligus...
Biasanya tailor pun nasihatkan begini supaya dapat curi kain apabila ada yang tidak cukup... jika kain tidak cukup, akan wujud masalah tampal kain... nampak kurang cantik... silap-silap kena tambah kain plain atau kosong sebab kain tak cukup.. adoiiii... hancus harapan ye tak...

Sebagai langkah selamat, lebihkan 1 atau dua meter daripada jumlah keseluruhan yang akan dibeli... mana tau, saiz anak-anak sudah membesar atau ibu-ibu semakin comel kerana hamil... jadi lebih selamat untuk semua...

Jika kain terlebih, mungkin tailor dengan baik hati akan jahitkan sehelai baju tambahan untuk si manja, yang bersesuaian dengan baki kain yang ada.. siap-siap pesan dengan tailor tu.. in shaa Allah ada rezeki anda dapat... praktiskan teknik Rahsia Cermin Ajaib @ RCA cewah...


Tips 7
Pastikan anda beritahu tailor tarikh untuk mengambil baju yang siap adalah LEBIH AWAL daripada majlis sebenar.. 

Hal ini bagi mengelakkan tailor anda mengalami masalah terlupa, sakit, kain kurang dan sebagainya... seringkali hal sebegini terjadi pada saat-saat akhir... tentu kita tak nak kelam-kabut lagi pasal baju... yang kita nak tau, baju dah siap... boleh hantar pada tailor lain untuk jadikan baju blink-blink pulak... masa ni baru surprise !!


Tips 8
Jangan lupa ABADIKAN GAMBAR BERSAMA semasa anda semua bertemu di majlis tersebut.. cari la masa sampai dapat... atau pegi outdoor bersama... susah sebenarnya nak menjayakan baju bertema ni.. jika anda mampu, SEBENARNYA ANDA SUDAH BERJAYA !

Jangan pikir sangat pasal kamera, rugi la ek... guna la henpon yang ada.. pastu buat frame yek.. rasai manisnya...

Aidilfitri 2014 di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar Perak


SELAMAT MENCUBA !!

Saya Ogy
Whatsapp 012-845-0300
Ipoh, Perak

❤ Ohsemnya cinta ❤

Pasang angan-angan ke Tanah Suci untuk mak ayah dengan Shaklee..
Doakan untuk saya..
Aamiinn...