Bismillah...
Coretan ini menjadi KENANGAN INDAH YANG PERTAMA antara saya dan suami kerana SHAKLEE...
![]() |
Moga kami mampu mencapai impian dengan Shaklee.. amiinn.. |
Moga ia juga menaikkan sedikit semangat kepada anda di luar sana terutama seorang ISTERI yang sudah mengenali dunia Shaklee tetapi ingin mengajak suami untuk bersama-sama agar lebih memahami dunia Shaklee yang lebih luas..
HAKIKATNYA...
Bukanlah satu perkara yang MUDAH untuk melibatkan seorang suami untuk menyertai aktiviti seorang isteri... nak-nak pula aktiviti seperti ini... hari cuti pulak tu...
Bila Shaklee Malaysia umumkan majlis "MERIAHKAN AIDILFITRI BERSAMA SHAKLEE" di Kinta River Hotel,Ipoh pada 13 September 2014, saya dah mula berangan-angan nak pergi... dalam hati, mau ke encik suami mengikut?
Saya selalu mengingatkan encik suami yang saya nak pergi.. selalu juga saya dapat jawapan 'tak nak' dalam nada main-main.. walaupun niat bergurau, tapi kecil hati jugak kot huhu...
Bila tiba harinya...
Perancangan menjadi kelam-kabut apabila encik suami terlupa ada kenduri saudaranya... masa tu dah pukul 2.30 petang.. kami bergegas ke sana.. dalam hati, sempat ke nak pergi majlis tu nanti?
Ya ALLAH... Ya Wahhab...
Dalam diam, saya menghubungi Elyanie melalui whatsapp (susur galur SUPERMOM juga).. nak confirm pendaftaran pukul berapa.. tolong ambilkan tempat... sebab risau sangat...
ALHAMDULILLAH...
Sempat juga sampai... nasib dah makan awal.. untuk anak-anak, ada program mewarna.. kotak pensil warna siap bawak balik lagi sebagai hadiah hihi..
![]() |
Muhammad Azfar, 2 tahun 5 bulan, leka dengan aktiviti mewarna |
Saat CABUTAN BERTUAH...
Encik suami cakap... jangan mimpi la.. kita ni tak pernah bertuah... dalam hati, Ya Allah... sedihnya...
Saya teringatkan zikir yang selalu grup Butterfly ajarkan...
YA Allah... Ya Wahhab... Ya Razzaq..
sambil berdoa...
"Ya Allah.. berilah peluang agar kami merasa cabutan bertuah ini...semoga dengan permulaan ini, suamiku merasa manisnya menyertai majlis seperti ini.. semoga apabila dia MERASA MANISNYA nanti, dia akan terus bersama menemaniku dalam Shaklee..."
Sambil menulis ni pun masih terasa sebaknya........
.
.
Habis sesi cabutan pertama dan kedua, kami masih belum mendapat apa-apa... suami saya masih cakap kita takkan dapat... saya masih tetap berzikir dan berdoa dalam hati... saya cuma minta suami saya cakap, tukar perkataan tu menjadi "KALI NI KITA DAPAT"
Bila MC bagitau, nombor yang dicabut adalah 3 digit... wah.. berdegup laju lagi jantung saya... katanya digit terakhir adalah "0"..
"Ya Allah... semoga hadiah ini untukku..."
Ya Allah.. Kau Pemberi Rezeki... Tolonglah...
Aisy... makin sebak menunggu...
.
MC pun sambung...
"1"... saya pun doa "YA ALLAH"..
"3"... "YA ALLAH.. YA RAZZAQ"...
"0"... "YA WAHHAB!... "
"130" nombor abah!!! Suamiku menjerit kegembiraan...
Ya ALLAH... Ya ALLAH.. TERIMA KASIH...
Saya dah tak mampu nak pandang muka MC... penuh dah air mata...sebab ALLAH kabulkan doa saya untuk gembirakan hati suami saya...
Power of zikr..
Lagi gembira apabila hadiah cabutan bertuah adalah PHYTOCOL-ST..
Masya Allah... Kali ni ALLAH tolong...dan berikan rezekinya... Lagi seronok apabila suami saya memang menggunakan produk baharu Shaklee tahun 2014 iaitu PHYTOCOL-ST
Sememangnya Allah memberikan rezeki itu untuk suami saya.. Alhamdulillah..
![]() | |
Phytocol-ST mengandungi 120 tablet |
ALLAHU AKBAR...
Maniiiiiiiiisssssss sangaaaattttttttt...
Yang paling seronok, suami saya cakap kalau ada majlis macam ni lagi dia nak sertai... Ya Allah... terima kasih... kerana membukakan hatinya untuk bersamaku dan SHAKLEE!
Saya sempat juga bergambar kenangan dengan Sr Key Coordinator, Pn.Dilla Jalil, grup SUPERMOM dan staff SHAKLEE
![]() |
Indahnya bersama SHAKLEE ;) |
Apa yang PENTING?
RESTU DARI SEORANG SUAMI amat perlu jika kita mahukan KEBERKATAN DALAM HIDUP.. In shaa Allah..
Semoga saya dan suami terus cekal untuk berkongsi dan menyebarkan manfaat Shaklee kepada orang ramai..
Aamiinn...
Jika anda ingin menyertai kami,
Sms atau whatsapp nombor ini:
Ogy 012.845.0300
Azrani 012.531.6580
fb: https://www.facebook.com/rozifahsalwa.abdulrahman
fb page: https://www.facebook.com/VITAohsem
blog: ohsemnyacinta.blogspot.com
Salam sayang dari kami,
Ohsemnya Cinta
No comments:
Post a Comment